Thursday 28 June 2012

Suami anugerah Ilahi (^_^)

Assalamualikum..hye everyone..


menarik x tgk tittle dkt atas tu??... its really2 mean it...
jom kite bermuhasabah diri bahawasanya suami adalah anugerah Tuhan yang begitu besar nilainya..


Pada awal perkahwinan, suami melalui kesulitan untuk mencari dan menampung kos perkahwinan yang semakin hari semakin meninggi.

Suami berusaha menikahi kita sewaktu ada insan-insan sekeliling yang menghalang atau melambatkan kita menempuh alam pernikahan serta segala cabaran dan dugaan untuk mempercepatkan prosedur pernikahan dan majlis kenduri.

Suami menghadapi saat-saat tertekan untuk dia hidup bersama kita. Kerana cabaran kewangan, kerana tuntutan kerja yang menyebabkan terpaksa berjauhan, bersabar menunggu kita menghabiskan pengajian. 

Suami mengikat perut mengumpul duit untuk mendampingi kita sebagai isteri. Suami mencari rumah – menyewa atau membeli rumah yang sesuai dengan keselesaan kita, dalam masa yang sama, mencukupi juga untuk kewangannya. Suami membeli kereta semampunya memikirkan tidak mahu anak dan isteri berhujan berpanas menaiki motor atau kenderaan awam.

Inilah cinta kasih seorang suami yang tak ternilai namun sering tidak difahami malah mungkin tidak disedari para isteri.

Isteri mudah saja terlupa segala kebaikan ini hanya kerana suami tidak memanjakannya seperti yang dilihat dalam filem-filem cinta di televisyen..

Duhai para isteri yang dirahmati ALLAH, marilah kita berterima kasih atas sekecil-kecil kebaikan suami kita apatah lagi untuk pemberian yang besar-besar.

Perbaiki kekurangan kita dan suami bersama, dan amat penting untuk kita selalu ada bekal maaf, kesabaran dan lapang dada dalam menempuh alam pernikahan yang matlamatnya membawa semua ke syurga ALLAH...


‘Abang.. abang benar-benar anugerah tuhan untuk syg. Alhamdulillah. Terima kasih abang menikahi syg, memilih jalan suci ini untuk mengasihi dan menjadikan syg teman dan suri dalam hati abang.

Terima kasih sangat-sangat abang, abang keluar mencari rezeki dengan jadual yang kadangkala penuh dan sibuk, jadual kerja yang mengganggu waktu tidur abang berhari-hari.. abang pun tak seronok berpisah berhari-hari dengan syg - tapi abang xpernah sekali pun lupa untuk mengingatkan syg dgn peringatan-peingatan yang bermakna saat kita berjauhan.

Di waktu yang ada, atau cuti bekerja, abang mencari masa untuk kita bersama.

Terima kasih abang, abang sabar dengan kelemahan-kelemahan syg. Abang menasihati dan memberi teguran semampunya agar syg tidak terus berada dalam kesilapan dan kekurangan, sedangkan kekurangan itu boleh diperbaiki.

Semoga ikatan kita ini kekal dan terus  bahagia selamanya. Sekiranya Allah menurunkan ujian dan dugaan dalam hubungan ini, diharapkan ujian itu dapat sama-sama kita hadapi dan menguatkan lagi ikatan kita’.

 Amin Ya Rabbalalamin…


P/S: I LOVE U 
         



No comments:

Post a Comment